Sunday, 30 October 2011

Tips-tips atasi rasa takut dan fobia pada kegagalan

Sememangnya memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda atau memulakan satu perniagaan milik anda. Ianya satu kerja yang sukar dan terdapat ruang yang cukup luas bagi kekecewaan dan kegagalan. Apatah lagi sekiranya anda sebelum ini pernah menempuh kegagalan. Tentu anda ada rasa takut dan fobia untuk cuba lagi bukan?

Selain dari perkataan ‘gila’, perkataan huruf ‘g’ ini agak kasar dan kurang sedap didengar berbanding dengan perkataan ‘g’ yang lain. Apakah igauan kita terhadap kegagalan? Ramai orang melihat kegagalan sebagai satu kesilapan yang sangat besar. Ianya bukan begitu. Apabila saya memulakan laman ini, saya merasakan yang saya tiada apa yang hendak dirugikan dan punya segala untuk diperoleh. Apa yang terjadi jika saya mulakan satu projek dan ianya gagal lalu saya berhenti? Cuba teka? Saya telah memulakan banyak projek dan projek-projek tersebut banyak yang gagal (aduh). Ah! Pedulikannya. Anda berlari ke arah pintu gol, meredah pertahanan, namun adakalanya anda tidak dapat menjaringkan sebarang gol. Namun setiap percubaan anda mendekatkan diri anda kepada jaringan gol.

Berikut adalah bagaimana anda boleh menjamin satu tahap kejayaan tanpa mengambil kira hasilnya:

Belajar

Lihat setiap usaha sebagai satu pengalaman pembelajaran. Satu kata-kata saya yang suka adalah "adakalanya kita berjaya dan adakalanya kita belajar". Memulakan perniagaan, usaha atau apa sahaja yang anda kerjakan adalah sama seperti mendapatkan segulung ijazah. Orang sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit dan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan ilmu ini, tetapi anda berpeluang untuk mempelajarinya dalam dunia sebenar. Anda perlu melihat usaha anda dan dunia ini sebagai satu pengalaman pembelajaran. Anda perlu terbuka untuk belajar dan membina diri. Tanpa mengambil kira berjaya atau gagal usaha anda itu, anda boleh dapatkan apa yang anda telah pelajari darinya dan terapkan dan gunakannya dalam usaha dan percubaan baru dalam hidup anda.

Rangkaian

Rangkaian anda adalah nilai kekayaan anda. Setiap usaha yang anda mulakan akan membawa anda bertemu dengan orang-orang yang baru dikenali. Jangan bersahaja dengan hubungan yang anda bentuk – jadilah proaktif. Setiap orang yang anda temui memberi peluang untuk mengajar anda sesuatu. Kenalilah mereka. Belajarlah dari kejayaan dan kegagalan mereka. Setiap orang yang temui itu mempunyai kemungkinan untuk memperkenalkan anda dengan seseorang yang boleh membantu anda – mungkin bukan hari ini dan mungkin bukan dalam usaha yang sedang anda buat sekarang ini, tetapi mungkin setahun dari sekarang dalam perkara lain yang sangat tiada kaitannya dengan apa yang anda sedang buat sekarang. Jadi sedarilah perhubungan anda dan suburkanlah ia.

Jaga Perhubungan

Apa sahaja yang anda lakukan, layanilah orang yang dengan penuh rasa hormat. Jangan menipu atau ambil kesempatan terhadap orang lain atau terhadap situasi mereka. Kerja tidak menjadi mungkin adalah teruk, namun hubungan tidak boleh sekali-kali menjadi begitu. Lindungi reputasi anda. Dunia ini kecil dan sedang semakin mengecil. Hubungan yang buruk berkemungkinan datang semula menghantui anda. Jadilah insan yang mulia dan professional.

Sekiranya anda ada rasa takut terhadap kegagalan – sama ada untuk memulakan perniagaan sambilan, berucap di hadapan awam, menyertai kursus atau menerima tugasan tambahan semasa kerja – anda akan tidak ke mana. Memang lebih mudah untuk membaca novel, menonton televisyen, atau bermain Facebook berbanding dengan mencuba sesuatu yang baru tetapi pemikiran mengelak risiko ini akan, paling kurang menyebabkan anda tidak berganjak dari keadaan anda sekarang dan, lebih berkemungkinan menyebabkan anda perlahan-lahan ketinggalan dan semakin berada di belakang.

Tidak kiralah betapa pandainya diri anda, kuncinya adalah terus mencuba mendapatkan gol dan satu tendangan yang tidak menepati gol bukanlah satu kegagalan.

3 langkah ke arah sikap positif dan cemerlang

Apabila berbicara tentang 'matlamat', ramai yang akan terfikir tentang keinginan mereka terhadap matlamat pelajaran, kewangan dan juga matlamat kesihatan diri mereka.

Akan tetapi bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berguna hari demi hari? Bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berfikiran positif? Apa pula matlamat anda dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi?

Dengan bekerja keras ke arah mencapai matlamat diri anda ke arah keyakinan, motivasi dan pemikiran diri yang positif, segala matlamat anda yang lebih besar akan menjadi lebih mudah. Terdapat beberapa cara yang anda boleh buat untuk memperkasakan diri anda setiap hari. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti:

  1. Bina tabiat kerja yang baik: Kebanyakan tabiat kerja kita adalah hasil dari pekerjaan dan didikan kita terdahulu, yang mana ada di antaranya yang tidak mendatang hasil. Untuk membuang tabiat anda dan mengubahnya untuk kebaikan anda perlu bertanya pada diri anda, "Mengapa saya melakukan kerja ini dengan cara ini dan bagaimana saya boleh memperkemaskannya lagi?"

    Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan lebih efisien dan pelajari seni memberi keutamaan (art of prioritization) pada tugas-tugas anda dengan menetapkan matlamat kerja dan mengikutinya.
  2. Bertanggungjawab: Saat apabila anda merasakan anda bertanggungjawab atas segalanya dalam hidup anda dan semua yang anda lakukan, anda akan mula menyedari betapa anda boleh mengawal sikap, hidup dan fikiran anda.

    Jika anda berjanji, tunaikanlah ia. Jika anda berkata anda akan melakukan sesuatu, maka lakukannya. Jika anda berjanji untuk ke suatu tempat pada masa tertentu, maka tepatilah masa itu! Berusahalah untuk mencapai matlamat-matlamat ini setiap hari.
  3. Kelilingkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya: Salah satu cara untuk mencapai tahap kejayaan yang anda mahukan ialah dengan membina kerjasama dengan orang-orang yang berjaya yang telah mencapai matlamat yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan anda mesti berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya.

    Berkongsi idea dengan mereka, berbual-bual, berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya adalah sangat efektif dalam membina kejayaan anda. Pengaruh mereka terhadap anda memang boleh dirasai, paling kurang dalam membuka minda dan idea.
Kejayaan sama ada dalam pelajaran, bisnes atau hidup adalah suatu penghayatan sikap secara keseluruhan kerana segala yang anda lakukan, anda perlu lakukan dengan terbaik dengan kemampuan anda, segalanya!

Jadikan untuk bertemu orang-orang yang berjaya dan berbicara dengan mereka satu matlamat hari ini. Bertanggungjawablah dan perbaiki cara kerja. InsyaAllah kita akan berjaya.

35 Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Doa Sebelum Belajar



بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَخْرِجْنِي مِنْ ظُلُمَاتِ الْوَهْمِ، وَاَكْرِمْنِي بِنُوْرِ الْفَهْمِ. اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ،
وَانْشُرْ عَلَيْنَا خَزَآئِنَ عُلُوْمِكَ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Bismillâhir Rahmânir Rahîm,
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, 
Allâhumma akhrijnî min zhulumâtil wahmi, wa akrimnî bi nûril fahmi. Allâhummaftah ‘alaynâ abwâba rahmatika, wansyur ‘alaynâ khazâina ‘ulûmi- ka birahmatika yâ Arhamar râhimîn.



Maksudnya:
Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Amin….

Thursday, 27 October 2011

PERKHIDMATAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KAMI..

-Perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah kami adalah melalui:


  • kaunseling secara individu atau berkelompok.
  • bimbingan secara individu atau berkelompok.
  • laluan kerjaya untuk mencapai matlamat para pelajar.
  • kemahiran belajar yang menarik minat pelajar.
-Pihak kaunseling juga telah banyak melalukan aktiviti yang terbaik untuk para pelajar.
-Pihak kaunseling telah melakukan satu sudut kenyataan bagi para pelajar





































KAUNSELING...

APA ITU KAUNSELING?
  • Perkhidmatan kaunseling disediakan tanpa sebarang bayaran untuk membantu murid-murid mengenal pasti potensi diri masing-masing dan menggunakannya bagi menyelesaikan masalah dalam proses perkembangan remaja ke arah mencapai matlamat hidup dan menjadikan modal insan ini pelajar minda kelas pertama aras tinggi.
ETIKA KAUNSELING.

  • sanggup mendengar semua persoalan dan masalah daripada para pelajar.
  • menerima murid tanpa sebarang syarat dari segi agama,bangsa,kaum dan lain-lain.
  • menerima dan merahsiakan perkara yang diluahkan oleh para pelajar.
  • menghormati diri sebagai seorang individu yang berpotensi.
  • sedia berjumpa pada bila-bila masa sahaja.
KENAPA PERLUNYA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING INI?

  • Membina dan menentukan matlamat pelajar.
  • Merancang untuk  masa depan.
  • Cara belajar yang berkesan untuk berjaya.
  • Untuk mengenal pasti bakat yang ada pada diri.
  • Jika ada sebarang gangguan dari sege emosi,mental dan selebihnya.
  • Kurang minat terhadap pembelajaran.
  • Tekanan yang dihadapi.
  • Kurangnya keyakinan diri.
  • Rendah diri yang keterlaluan.
  • Meluahkan rasa tidak puas hati.
  • Inginkan bahagia yang hakiki.
  • Ingin mengetahui laluan kerjaya.
  • Cara untuk menjadikan pelajar yang cemerlang.
  • Mengenal apa itu remaja.
  • Untuk mendapatkan maklumat tentang kesan rokok dan dadah.
  • Untuk mendapatkan kesan negatif pergaulan bebas.


GURU-GURU UNIT KAUNSELING DAN BIMBINGAN

  • NAMA: YM TUAN KOB BIN TUAN IBRAHIM
  • KELAYAKAN DALAM BIDANG: SARJANA MUDA PSIKOLOGI DAN KOMUNIKASI



  • NAMA: NIK ZURAINA BINTI AB.GHANI
  • KELAYAKAN DALAM BIDANG: IJAZAH PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN     KAUNSELING



  • NAMA: SALBIAH BINTI YAHYA@YA
  • KELAYAKAN DALAM BIDANG: BACHELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAKLUMAT RASMI SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH...

  • SMK PNZ mula beroperasi pada 1 Januari tahun 2003 dengan nama SMK Kompleks Limbongan (SMKKL).Nama SMKKL ditukar kepada SMK Permaisuri Nur Zahirah pada tahun 2005 sempena nama Permaisuri Nur Zahirah .Lokasi SMK PNZ dekat dengan Pantai Bukit Keluang yang indah dan menawan. Moto sekolah ialah 'ASPIRASI INTELEK GEMILANG'. Pengetua sekarang ialah Hj Mhd Ramli Bin Che Mat (pjk) dan warga PNZ seramai 75 orang guru, 11 staf, 12 pekerja swasta dan 1156 orang pelajar.
  • Lokasi SMK PNZ dekat dengan Pantai Bukit Keluang yang indah dan menawan yang terkenal sebagai destanisi pelancongan yang tersohor di Malaysia. SK Permaisuri Nur Zahirah bersebelahan dengan SMK PNZ, manakala Institut Perguruan Sultan Mizan Besut adalah berhadapan dengan sekolah. Di samping itu, MRSM KoPu dan Biro tata Negara (BTN) juga hampir dengan SMK PNZ.SMK PNZ terletak 12 km dari bandar Jertih dan 5 km dari pekan Kuala Besut. 
  • Sekolah ini dirasmikan oleh  DULI YANG MAHA MULIA AL WATHIQU BILLAH SHAH  AL SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN pada 18 Ogos 2004.

  • Pengetua sekarang ialah Hj Mhd Ramli Bin Che Mat (pjk):



    Pemandangan di sekolah ini:






    Wednesday, 26 October 2011

    LAGU SEKOLAH

    Junjung tinggi cita-cita negara
    Teguh gigih cekal berani
    Damai rasa
    Tenang jiwa
    SMK Permaisuri Nur Zahirah
    Kami

    Sekolahku
    Tetap ku puja
    Menjunjung aspirasi
    Intelek gemilang
    Moto pegangan kami semua
    Bersatu padu menjayakannya

    Kami berjanji
    Kami berikrar
    Tunaikan harapan
    Bangsa negara
    Melangkah dengan penuh harapan
    Selagi cita-cita belum tercapai
    Selagi cita-cita belum tercapai

    Tuesday, 25 October 2011

    LOGO SEKOLAH KAMI..





    LUARAN(BULAT)

    • Menunjukkan kesepakatan semua pihak sama ada para pendidik,komuniti,masyarakat dan para pelajar bersama memartabatkan kecemerlangan akademik,ko-kurikulum dan sahsiah.
    BUKU DAN GARISANNYA
    • Sebagai simbol kepelbagaian ilmu yang dipelajari untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan unggul
    EMPAT TONGGAK KE ATAS
    • Melahirkan insane yang seimbang dari segi JASMANI,ROHANI,EMOSI dan INTELEK.
    • Membentuk pelajar cemerlang
    GELUNG ROTAN DI BELAKANG BUKU
    • Pendidikan ko-kurikulum yang membantu perkembangan akademik
    • Peranan pelajar sekolah yang tertumpu pada akademik tetapi juga perlu aktiviti ko-kurikulum
    RODA/MESIN JENTERA
    • Menyatakan bahawa ilmu-ilmu berguna yang diperolehi oleh para pelajar akan disumbang kepada tanah air tercinta mengikut minat dan kebolehan masing-masing.