- Perkhidmatan kaunseling disediakan tanpa sebarang bayaran untuk membantu murid-murid mengenal pasti potensi diri masing-masing dan menggunakannya bagi menyelesaikan masalah dalam proses perkembangan remaja ke arah mencapai matlamat hidup dan menjadikan modal insan ini pelajar minda kelas pertama aras tinggi.
ETIKA KAUNSELING.
- sanggup mendengar semua persoalan dan masalah daripada para pelajar.
- menerima murid tanpa sebarang syarat dari segi agama,bangsa,kaum dan lain-lain.
- menerima dan merahsiakan perkara yang diluahkan oleh para pelajar.
- menghormati diri sebagai seorang individu yang berpotensi.
- sedia berjumpa pada bila-bila masa sahaja.
KENAPA PERLUNYA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING INI?
- Membina dan menentukan matlamat pelajar.
- Merancang untuk masa depan.
- Cara belajar yang berkesan untuk berjaya.
- Untuk mengenal pasti bakat yang ada pada diri.
- Jika ada sebarang gangguan dari sege emosi,mental dan selebihnya.
- Kurang minat terhadap pembelajaran.
- Tekanan yang dihadapi.
- Kurangnya keyakinan diri.
- Rendah diri yang keterlaluan.
- Meluahkan rasa tidak puas hati.
- Inginkan bahagia yang hakiki.
- Ingin mengetahui laluan kerjaya.
- Cara untuk menjadikan pelajar yang cemerlang.
- Mengenal apa itu remaja.
- Untuk mendapatkan maklumat tentang kesan rokok dan dadah.
- Untuk mendapatkan kesan negatif pergaulan bebas.
No comments:
Post a Comment