MAKLUMAT RASMI SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH...
- SMK PNZ mula beroperasi pada 1 Januari tahun 2003 dengan nama SMK Kompleks Limbongan (SMKKL).Nama SMKKL ditukar kepada SMK Permaisuri Nur Zahirah pada tahun 2005 sempena nama Permaisuri Nur Zahirah .Lokasi SMK PNZ dekat dengan Pantai Bukit Keluang yang indah dan menawan. Moto sekolah ialah 'ASPIRASI INTELEK GEMILANG'. Pengetua sekarang ialah Hj Mhd Ramli Bin Che Mat (pjk) dan warga PNZ seramai 75 orang guru, 11 staf, 12 pekerja swasta dan 1156 orang pelajar.
- Lokasi SMK PNZ dekat dengan Pantai Bukit Keluang yang indah dan menawan yang terkenal sebagai destanisi pelancongan yang tersohor di Malaysia. SK Permaisuri Nur Zahirah bersebelahan dengan SMK PNZ, manakala Institut Perguruan Sultan Mizan Besut adalah berhadapan dengan sekolah. Di samping itu, MRSM KoPu dan Biro tata Negara (BTN) juga hampir dengan SMK PNZ.SMK PNZ terletak 12 km dari bandar Jertih dan 5 km dari pekan Kuala Besut.
- Sekolah ini dirasmikan oleh DULI YANG MAHA MULIA AL WATHIQU BILLAH SHAH AL SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN pada 18 Ogos 2004.
- Pengetua sekarang ialah Hj Mhd Ramli Bin Che Mat (pjk):
Pemandangan di sekolah ini:
No comments:
Post a Comment